Thursday 17 March 2016

Aku Engineer, Student Part Time & Isteri cum Ibu

Assalamualaikum,

Dah lama tak menulis di blog.... Permulaan perjalan harian bagi tahun 2016 sangat sibuk. Lately ni baru lapang. As Engineer dan Student Master Separuh Masa sangat mencabar. Tambah Lagi berstatus isteri dan ibu.

Hari ni saja nak cerita rutin macam mane menjadi student part time. Last aku post hari tu pasal cara mendapatkan biasiswa Mybrain15. Memang membantu sangat2. Tak keluar duit satu sen pun untuk yuran semester. Semua diuruskan pihak KPM dan universiti.

Ok untuk semester ni aku dah masuk sem 3. Alhamdulillah lulus exam2 yang lepas. Ape yang penting jadi student part time pada aku adalah support by sekeliling dan juga cara pembahagian masa.

Aku bersyukur suami, ibu dan famili banyak membantu dan toleransi especially tang penjagaan anak aku time ade class, exam or test. Ade anak kecil bukan senang. Tapi lama2 anak akan faham bila dah selalu sanagt ibu nya balik malam2 if ade class. Sepanjang buat Master ni aku hanya amik 2 subject sahaja per sem. So akan attend class 2 hari seminngu. Class bermula dari pukul 6 or 6.30 ptg . Duration dalam 3 - 4 jam per class depend pada kredit hour. So paling lambat habis class dalam pukul 10.30 mlm. Sampai umah dalam 11 lbih. Time ni memang kesian tengok muka anak dah tido tepi suami.

Aku juga bertuah sebab dapat boss yang supportive. Siap cakap kat aku if ade buku2 yang nak beli boleh pakai duit company. Kalo ade class aku dibenarkan keluar awal. Biasanya aku akan keluar dlam 4.30 camtu. Tapi this sem aku buat dissertation @ thesis sekali. Untuk dissertation ni aku gerak awal dari kebiasaan lebih kurang pukul 3 sebab supervisor aku available jam 4 ptg. Selain dari keluar awal, company ade kelonggaran untuk cuti study tanpa tolak cuti tahunan aku.

Part membahagi masa ni pun memang penting. Terutama time ade assignment, test and exam. Biasanya memang aku akan study or siapkan assignment time anak aku tido or aku bangun tengah2 pagi buta dalam jam 4 before subuh. So meleretlah sampai waktu nak bersiap2 nak pergi kerja. Kadang2 tu memang terbabas juga, sebab anak aku ni jenis senang terjaga. Bila dia terjaga ikut mood dia la. Time baik ok la, dia akan tido or minta susu aje. Kalo mood dia Tak OK, memang dia akan paksa aku tido semula. HUHUHU. Time ni memang berangin jugak lah. So, nak tak nak aku kena setelkan semuanye juga. Kalo terjadi cam ni aku akan buat assgmnet or study time lunch hour. But memang limited. So sebagai conclusion memang kenalan plan and better buat keje awal2 jangan last2 minit.

Kawan class and group membe juga perlu diambil kira untuk keje group. Kalo dapat group membe ok ok la keje korang. Pengalaman aku la B4 ni, budak2 fresh yang full time, diorang ni jenis KEREK. Sorry cakap. Budget bagus and tak nak geng ngan budak2 part time. Most ramai yang macam tu tapi ade juga segelintir yang ok.Aku bersyukur memang rezeki aku dapat join ngan budak full time yang baik. Alhamdulillah Allah mudahkan urusan aku. So bila dalam group whatapps kami senang berkomunikasi, bincang, share solution and senang dapat information past year question. Aku juga tak nafikan most student full time ni jenis rajin dan up to date. Mungkin diaorang just focus untuk study jer compare to part time student memang bekerjaya je semua. Ade juga yang dah masuk 40 masih ade semangat belajar. Yang berpangkat Ir pun ade. Kagum betul aku dengan semangat dorang ni.

Ramai yang tanya nape nak buat Master. Pada aku, aku takde jawapan yang memuaskan or target cam orang lain yang kate nak jadi lecturer or nak naik pangkat. Aku hanya minat nak sambung just untuk knowledge lebih2 lagi ade peluang dapat Biasiswa. Kalau aku tak diberitahu adanya skim Mybrain15 aku tak rasa pun aku nak sambung Master. Peluang dah ade depan mata, buat ape lepaskan. Rezeki kalo naik gaji tu aku serah je pada Allah. Ade juga kata nape x buat Ir je. Aku jawab akan buat lepas habis Master. Tapi right now aku rasa masih tak bersedia lagi walaupun dah hampir 7 tahun bekerja. InsyaAllah kalau dah ready, ade rezeki aku akan buat juga Ir tu. Amin..