Wednesday 25 February 2015

Part 1 # : Zaman belajar yang menyeronokkan.

Assalamualaikum..

Sape setuju kalo aku kata zaman kanak-kanak dan remaja lah yang paling menyeronokkan dalam hidup ini??? (Angkat tangan ramai2)

Okey saje nak share ni. Zaman persekolahan aku..

Zaman Tadika Kanak-Kanak Riang

Aku start sekolah dari umur 4 tahun. OK. 4 tahun, jangan tak caya. Sekolah kat Tadika Yumi Sec 17, Shah Alam. (Aku tak jumpa gambar lak nak tepek kat sini) Tak tau la tadika ni ade lagi tak sekarang.. Tapi masa aku lalu time meeting kat TM Sec 17 S. Alam dulu cam ade lagi. Tapi tak sure sekolah yang sama ke tak. Hahaha.. Aku tak ingat sangat pun sal blaja kat sini. Sekolah Cina ni.. Tak tau la nape ibu ayah aku anta aku kat sini. Pe yang aku ingat mungkin aku ni agak degil or tak suka blaja kot, samapi cikgu bagi aku pilih class mane aku nak pilih. Aku ni memang wat masalah kot so aku ikut kepala aku je.. Hari 1st aku masuk kelas A, hari 2nd aku masuk class B, pastu berikutnya.. Class C, D..Ikut suka hati aje. Tengok lah hari tu class pe yang best. Biasanya aku suka masuk kelas muzik dan kelas melukis warna bagai tu.  Hahahaha. Ganas tak aku.

Kat tadika ni macam biasa lah macam tadika zaman sekarang, ade time rehat. Duduk ramai2 makan ramai2. Aku akan makan bekal yang ibu aku bekalkan hari2. Ibu dah train aku supaya tak makan makanan yang disediakan. KOrang faham2 aje lah kalo dah bercampur2 camtu kan. (Non Muslim). Tak beberapa ingat sangat pengalaman di sini..

Sekolah ke-2 aku sekolah di Tadika Priya, Sec 17. (refer gambar) Tadika ni nama je dah sah-sah la ala indian sebab guru besar orang India. Tapi tadika ni semua bangsa ade. Aku masuk umur 6 tahun. Sebab pe umur 6 tahun, sebab masa aku 5 tahun aku tak gi sekolah. duk umah aje main sorang2. Kalo cuti sekolah baru balik umah nenek kat Sg. Buloh. Kat tadika Priya ni lagi la banyak citer. Aku kan tak suka sekolah. Asyik nangis aje. Hari2 cikgu pujuk aku.. HUHUHU. Malunya fikir bila dah besar ni. Jangan anak aku wat perangai camtu pulak nanti. Walaupun aku tak nak sekolah, kawan-kawan aku pun sama-sama bagi aku semangat supaya aku suka belajar kat situ.Umur camni mane tau pe, Gi sekolah main aje la, menari, menyanyi. Yang best hari Jumaat ade aktiviti mandi kolam. Tapi ibu tak bagi sebab utama Kulit aku jenis sensitif. Tapi ade sekali je aku try curi2 mandi, tiba2 ayah lak lalu kat sekolah. Dah kantoi... Nasib baik ayah Spoorting.

Ni la tadika Priya. Sumber Google. Lokasi betul2 tepi jalan utama. Memang kantoi la masa mandi kolam tu

Ade lagi menariknya yang aku ingat, masa nak konvokesyen kiteorang kena wat tarian dan dikir barat. Dikir barat ni mewajibkan kami gigirlz kai selendang. Wat selendang??? Mane nak dapat selendang, time tu ibu aku mane berhijab pun. Balik cakap kat ibu dan ibu gigih mencadangkan kami balik umah nenek mintak kat nenek selendang.. Takde masalah la nak dapatkan selendang tu. Cuma yang tak bestnye masa konvo tu aku dah macam mak nenek kai selendang. Bayangkan k, selendang tu warna coklat, patern bunga2 kait2 ala zaman dulu2 tu. Kalo citer lama orang kai pastu nampak rambut jambul kat depan.. Hahaha..

Ni contoh gambar bagi menguatkan lagi fakta.. Hahaha.
Sebelum aku habiskan citer aku ni, aku nak selit sikit cam ne zaman aku masa kecik2 dulu terutama masa umur aku 4 hingga 6 tahun tu. Korang caya tak masa tu aku tinggal sorang2 je kat rumah. Ibu dan ayah aku keluar keje. (Mesti ade orang cakap tak caya, Giler pe mak bapak tinggalkan anak sorang2). Tapi itulah realitinya. Aku hanya akan bertemankan abang aku bila dia balik dari sekolah aje lah. Selebihnya aku berkurung dalam rumah. Harap makcik2 sebelah umah je la kalo terserempak tengok2 kan. Ibu akan siapkan makanan before gi keje. Dulu susah bayangkan ibu kena naik bas gi keje pagi2 subuh then balik lak lambat. Tunggu lah kadang2 balik pas isyak baru ibu sampai umah. Pastu masak lagi untuk makan malam.. Dekat pukul 10 bari dapat makan. Sedihkan hidup kami. # Tapi bila fikir balik kalo zaman sekarang la camtu mesti aku dah kena culikkan?? Ush nasib baik time tu orang baik2.

Haa ni baru citer sal sekolah tadika, dah penuh page.. Nanti aku update untuk Part 2 lak...

Beginning ............

Assalamualaikum..

Hi all.. Aku budak baru belajar dalam blogger ni. Agak ketinggalan zaman compare tu semua kawan-kawan aku yang memang dah lama berblogging ni. Ade yang tu start dari zaman kami belajar kat universiti lagi. Skarang dah glamour as blogger.

Tak pe la. Actually aku saje jer wat blog ni. Ade orang buka blog update sal diri sendiri, keluarga, kerjaya, journey jalan2, masakan dll.

Tapi bagi aku, aku nak tulis ape sahaja yang terjadi dalam hidup aku yang mana untuk dijadikan kenangan untuk disimpan untuk aku. So aku tulis ni untuk dikenang aje.

Kalo sape yang terbaca tu mungkin ape aku tulis nanti boleh dijadikan sebagai bacaan santai, mungkin juga manfaat kepada kehidupan kite di Bumi Allah ini. Mane tau info2 dan pengalaman yang aku update secara tak sengaja memberi pahala kepada aku kerana memberi ilmu. Kot2 kan sape tau.. Segala pengalaman aku excited nak simpan disini.