Wednesday, 1 March 2017

Perjalanan Membuat Master

Assalamualaikum,

Dah lama sangat aku tak menaip di blog ni. Bila buka balik, nampak ada juga pembaca yang singgah blog aku ni and comment. Thank you so much. Lately life aku memang sangat sibuk dengan projek one famous developer ni TR...@ 1M... Terpaksa blank kan.. Tapi rasa korang leh agak la aku maksudkan company mana kan??? hehehe. 

OK now sambung balik pada topic hari. Aku nak share pengalaman berliku & mencabar bagi aku pada setiap sem yang aku lalui. Alhamdulillah after 2 years @ 4 semester aku berjaya habiskan master aku. Aku sangat bersyukur dapat sokongan dari semua disekeliling aku. Suami aku yang merestui keputusan aku, sanggup dengar luahan isteri mu yang kadang2 bengong, sanggup korban masa & toleransi sama2 jaga anak. Ibu, ibu mertua & adik beradik yang banyak bagi sokongan & doa sepanjang buat master. To my little supergirl @ jannah raisha, TQ sayang dengan usia sekecil mu memahami pengorbanan ibu mu. (akhir semester je anak ibu mengomel bila ibu balik malam2 bila ada class. Sian awak sanggup berjaga lewat kadang2 sampai pukul 12 tunggu ibu balik class. Sayang anak ibu ketat2). Tak lupa buat boss & sahabt di pejabat yang memahami jadual & tugasan aku sebagai student part time. LOVE u all so MUch.

Citer sikit summary jadual aku sepanjang buat master kat UiTM ni. Biasa class start pukul 6 petang dan habis dalam pukul 9 mlm atau 10 mlm. Depends pada kredit hour course. Normally, subject core 4 hrs, elektif 3 hrs. Setiap sem aku ambil 2 subkject cuma sem terakhir je aku berani mati ambil 3 subject sebab nak completekan juga master ni dalam 2 tahun. (Tempoh paling cepat habis master untuk student part time). So untuk ke kelas pukul 6 tu aku akan keluar ofis dalam pukul 4.30 petang. (KL-Shah Alam). Lalu Duke-Duta-Shah Alam (pergi kelas). Balik - Shah Alam- Guthrey-Sg Buloh. Most RM 9 plus aku akan habiskan untuk toll. TQ boss lepaskan aku awal setiap kali ada class. Time exam pula aku akan ambil cuti 2 ke 3 hari untuk satu subject for study & exam. Ni memang company aku provide untuk study leave staff. So kalo exam paling tak pun aku akan bercuti seminggu. Tapi selalunya x straigth la depends pada tarikh paper. Memang kalo company tak memahi, aku rasa aku takkan berjaya habiskan master aku. Ok now ni aku citer pengalaman berliku bagi aku lah sepanjang buat master ni. Memang pengalaman berharga & aku tak sangka lebih teruk dari masa aku buat Diploma & Degree dulu. 

Sem 1 
Kalo korang ingat aku masuk master ni sekali ngan Ain my Bff. Masuk sem ni kami ambil 2 subject yang memang ditentukan oleh fakulti iaitu Sustainable Engineering dan Operation Research (OR). Bila dah masuk kelas, mak ai memang penuh la kelas. Sebab Sem 1 semua program under civil engineering dikumpulkan sekali bagi subject core. Kelas Sustain ok lagi tapi bila masuk kelas (OR) penuhnya sampai tak cukup meja kerusi and ada juga selit2 kat pintu belakang kelas. Dari kelas ni la baru tau subject sustain & OR ni subject killer bagi student master civil engineering. Kelas sustain Prof Suhaimi & Dr Amnor yang ajar. Memang straight dicipline. Markah pun straight juga. OR pula more to math equation + simulation. Kalo tak focus memang tercicir la. Nasib Dr faezah yang ajar ni sabar ajar satu2 step supaya kami faham.

Cabarannya bermula masa pertengahan sem. HUHUHU. Membe aku si Ain ni decide nak quit study. Sebab tak boleh balance study & kerja. Puas lah aku pujuk dia tapi dia tetap nak quit. Adui la. Lama juga aku fikir nak teruskan ke tidak. Tapi bila fikir aku susah payah nak apply, isi borang, dapatkan rekomen dari boss & lecturer, dapatkan My Brain15, & dengan support dari ibu & suami, aku nekad teruskan juga study ni. So tinggallah aku terkontang kanting gi kelas & study sorang2. Untuk class sustain nasib last2 semester tu ada project group so dalam class duk ngan group member. Untuk class OR memang slalu duduk je sebelah sape2 yang kosong. Lonely betul time tu. Nasib lah exam 2 paper ni aku lepas. Most budak2 kelas course Construction tak lepas OR. So ramai yang dismiss sebab pointer bawah 2.80. Yang aku tau budak pompuan corse Construction aku sorang je lepas ke sem 2, budak lelaki adalah 3-4 orang.

Sem 2
Sem 2 ni aku register 2 subject jugak. Aku ambil construction management & Finance Engineering. Masa start class tu, hari khamis datang kelas kosong je. Aku cuak dah ingat aku salah register, or tukar hari ke. Nak tamya orang tak kenal sape2 pun sebab budak sem aku kan semua pompuan dismiss. Tak lama aku tunggu ada sorang budak laki datang. dia pun cam aku takde member sebab dia kata dia cuti satu sem so ramai membe dia dah habis study. Tunggu punya tunggu dekat pukul 7 aku pun blah. Dah nak magrib & sampai rumah baru aku dapat whatapss dari budak laki tadi kata ada class. Budak2 lain & lecturer datang lambat sebab hari tu rupanya pukul 6 tu ada taklimat pelajar dekat dewan. So class first aku dah ponteng. HUHUHU. 

Then class Finance aku bernasib baik masa duduk sebelah budak ni, budak ni tegur aku. Dia cakap 'akak sem lepas ambik OR kan?' hahaha rupanya budak class aku. Aku tak perasan sebab kan class tu ramai giler. Budak ni perasan aku sebab aku slalu masuk lewat kat class. So class ni aku selamat la ada geneg baru. Hana nama budak ni. Borak punya borak rupanya mak budak ni asal sekampung dengan arwah ayah. Nasib buka sedara je. Untuk class finance ni pada aku & aku rasa semua budak class aku blur2. Yelah budak engineering belajar buat account & kira interest, dividen, sale, profit semua. Memang susah lah nak ketch up. dan sememang every class akan ada homework & most homework ni aku tiru je si Hana ni. Sebab dia budak full time memang study giler2 la. Hana pun sebenarnya keseorangan masuk kelas tu sebab dia program Structure Engineering. Masa nak register subject class elektif structure dah penuh so dia gamble masuk finance. So aku adalah membe.

Berbalik pada class construction management yang aku ponteng tanpa sengaja tadi, next week masuk aku duduk belakang sekali. Pastu PM Zul lecturer tu suh semua duduk dalam group. Aku blur2 la then cakap kat PM Zul aku tak datang class last week. Then PM Zul suh aku introduce diri & pengalaman kerja. So dia masukkan aku dalam group 4. Rupanya group tu PM Zul yang decidekan sendiri based on pengalaman bidang kerja masing2. So dalam group aku ada 4 orang membe, Atik- Keja contractor, Mia - Quantity surveyor, Fad - student full time & aku - Consultant. So memang balance la dengan project yang akan PM Zul bagi. Class ni memang best sebab every class wat project cara nak setup project sampai management from start until commencement.

Sem 3
Sem ni aku decide nak buat dissertation (reserach). So aku ambil 2 subject jugak. Satu lagi aku buat Safety engineering. Untuk subjeck safety so far aku tak de masalah sangat sebab member class ada yang dari group class construction project tadi. Dan lepas 2 minggu ateend class ada budak class sem 1 aku yang dismiss masuk semula. Masa tu aku rapat dengan Umi sebab aku cuba tolong dia buat rayuan kat Dr faezah supaya naikkan sikit markah dia supaya dia tak dismiss. Time tu pun kebetulan sahaja aku gi fakulti nak daptakan signature lecturer untuk submit keputusan untuk rekod My bRain. Tengok dia sorang terkial2 aku pun teman lah. Tapi sian kat dia Dr faezah tak dapat tolong salah satu sebab Dr faezah dari fakulti FST. Just ajar kan untuk subject OR sahaja. So procedure rayuan agak berbeza antar FKA & FST. So sem ni aku jumpe balik umi and decide ambil subject safety ni sama2 so kami pun geng la sama2 dalam class.

Sem ni sangat mencabar bagi aku. Pada awalnya aku buat dissertation ni sebab rekomen by my ex room mate kat UiTM Jengka dulu, jiji. Kebetulan jiji tengah buat Phd. Under research structure timber. So sebab aku malas nak cari supervisor so dia suggest assist dia buat project. So masa pertengahan sem 2 aku diperkenalkan dengan Dr Rohana. So bincang2 Dr Rohana pun agree ambil aku bawah dia. Topic dia suh aku discuss dengan jiji. Then start sem 3 aku pun call la Dr Rohana nak jumpa untuk further discussion on topic aku. Belum pe2 Dr dah sound aku ' Kalo nak buat under saya, u kena comittment, kena jumpe saya every week, saya nak student yang betul2 comiit'. HUHUHU. Aku pun hairan lah tiba2 dapat setepek camtu. Aku pun layan lah cakap aku janji aku full commitement untuk buat dissertation ni. Tapi di samping tu aku ngadu kat jiji. Jiji pun hairan sebab sebelum ni jumpa pun memang Dr Rohana sangat lembut orangnya. Cakap baik2. Siap peluk aku.

Then petang tu aku jumpa Dr Rohana, every thing fine. Rupanya Dr Rohana bagi tau dia ingat aku buat sem lepas. Padahal aku baru nak start sem ni. Aku siap tunjuk journal2 yang aku dah cari untuk topic aku. So setiap minggu aku jumpa Dr Rohana update status & discuss on report. Jiji memang ada tolong tapi not everything. Most aku buat sendiri & email untuk Jiji review.

Cabaran bermula masa aku nak masuk lab. Masa first aku datang, aku gi lab 1 ni staff dia cam kerek. Kata minggu ni tak dapat guna ada student tengah guna machine tu. Next week aku datang lagi jawapan yang sama. Minggu ke tiga aku datang dengan selamba mamat lab yang sama cakap ken jumpa En Faiz lab concrete untuk book lab. 3 minggu aku datang tanya baru minggu ni nak bagi tau aku camtu. Then aku jumpe En Faiz ok dia book kan lab untuk aku. Memang lambat la lagi 3 minggu camtu baru aku dapat guna. Dari sini baru lah aku dapat tau cerita ada politic lab melibatkan lab assitant & among lecturer. Phui.. Menyusahkan student wat pe.

Finnally masa nak guna machine tu aku datang pagi2. Nak guna tu en faiz kata jap ada student tengah guna comp result tu sebab semalam tak sempat habis. So dekat 2 jam tunggu baru dapat guna. Then masa dia check2 tool box aku tu, baru tau alat aku tu rosak. Huh. Frust aku, dia suggest memang tak dapat proceed test kena repair dlu. Tapi dia just sambil lewa kata nak kena apply and tunggu keputusan fakulti untuk dapatkan fund baiki box tu. Adui parah betul. Ligat aku fikir cara paling cepat nak repair. Fikir2 punya fikir nasib jiji datang try call supplier yang dia biasa guna. Nasib supplier tu kata boleh tolong repair then anta quotation. dekat sebulan repair tu lah baru siap. Aku stand by duit RM1500. Duit sendiri. Bila dah siap tu everything ok la. Dr Rohana kata tak payah bayar biar fakulti yang bayar sebab tak adil la alat tu rosak dari orang lain bukan aku.Kat sini aku banyak tolak cuti sebab nak siapkan lab aku tu. Dengan politik macam2, buang masa & cuti untuk benda2 yang tak sepatutnya berlaku.

Masa sesi potong kayu & test tu suami & jiji banyak membantu. Most of kayu sample aku tu student jiji & suami yang potong. Sample aku keseluruhan ada 120 cube. Kalo ikut kudrat perempuan memang tak mampu lah. Dengan kekangan masa kerja lagi. Masa dah suntuk sangat. Bayangkan 3 bulan masa kuliah aku kena rush untuk prepare semua. Untuk bantuan student Jiji tadi aku bayar upah around RM 200 sebab dia completekan half kayu. balance kayu suami tolong potong. But masa test tu memang aku full buat sendiri. Ingat test senang. Rupanya 1 block sample tu ambil masa 10-20 minutes untuk failed. depends pada kekuatan & jenis kayu. So untuk 1 jam hanya dapat habiskan 4-5 blok sahaja. memang aku banyak habiskan cuti & aku target satu hari nak tak nak kena habiskan 8 hrs untuk satu type test lebih kurang 30 sample tadi. So secara keseluruhan aku ambil masa seminggu just for lab test tanpa berlengah. Rehat just untuk solat & makan bebola 4 biji. Tu rutin aku start pukul 8.30pagi sampai 6 petang.

Dah setel test, cepat2 aku siapkan report. Nasib report ni aku start awal & sentiasa discuss dengan Dr Rohana & Jiji. So siap je test aku focus on result & analysis & conclusion. One part lab test & report dah setel. Then turn VIVA. Masa VIVA aku dapat panel Dr Yasmin & PA Z. Dr Yasmin Jiji cakap OK but PA Z ni aku dengar ni la yang bayak politik lab & x sekutu dengan supervisor aku. Memang berdebar la time tau tu. Doa bayak2. Masa hari VIVA aku bernasib baik. Atas informasi ditukar last minit, jadual VIVA ada perubahan. & most time dah berubah & some panel tu tak tau jadual baru. Memang kabut la hari tu but nasib aku baik, Allah nak tolong, hanya Dr Yasmin je available hari tu & VIVA aku tu mudah, fluent & semua soalana aku dapat jawab dengan baik. Cuma report aku kena collect balik kat panel untuk correction.

Masa aku collect report ni at same time aku ada paper exam untuk subject safety. After je jawab paper aku terus call Dr Yasmin & PA Z. Dr Yasmin cakap dia xde but dia letak report & comment kat ox luar bilik dia. Ok aku collect. Dia kata dia faham aku kerja so memang dia saja buat major correction so aku ada time untuk repair report dalam masa 2 minggu. Most correction berkaitan grammer. memang aku akui English aku tak bape bagus and dalam kabut tu aku tak ingat nak check grammer tru online & similarity checking. Ok bab Dr Yasmin lega dah tau pe perlu tukar. Then aku jumpa PA Z.

Mak ai, pedas giler dia comment aku. every word report aku dia check depan2 aku. Start dari abstarct kot. Then dia boleh cakap ape aku buat totally salah. Salah concept, salah reference journal, salah standard. Siap cakap aku tak discuss ngan supervisor. Menangis aku balik tu ngadu kat suami aku & Dr Rohana masa tu. Dr Rohana pun tak puas ati dengan comment PA Z. Dia cakap ape aku buat tu betul. Takkan semua salah. Dr Rohana punya nak sorok dari aku masalah dia dengan PA Z sampai terlepas jugak. Cuma Dr Rohana profesional just cakap aduhai mak cik tu. Kagum aku cara dia tak campurkan masalah peribadi.

Masa repair report ni memang aku sangat stress. Pikir2 last-last aku buat 2 revision report. Satu version based on comment suprvisor & Dr Yasmin. Satu version lagi based on kehendak PA Z. Time ni aku redha dah, memang fikir aku akan fail takut PA Z reject report aku. So aku berhempas pulas study balik kehendak PA Z yang memang totally berbeza dengan pe yang aku buat. aku buat based on BS standard PA Z nak based on MS standard.Nasib result test aku masih valid.

Finally hantar report ke Dr Yasmin untuk approval of correction ok fine Dr Yasmin sign sahaja. PA Z tu yang berdebar. Masa anta tu dia baca jugak memang pedih telinga dia comment english aku. Then dia sign and tulis comment. aku tak tau pe dia komen. Then dia bagi balik kertas komen tu & report aku. Aku baca la komen dia. Alhamdulillah dia agree accept report aku. Aku cam tak percaya. Dia siap cakap, lain kali buat betul2 sebab budak2 nak jadikan reference. Fuih. Syukur sangat2. Happy giler. Yahoo pastu baru aku fikir untuk raya.

Dari pengalaman aku ni, aku sentiasa usaha doa & redha. Tapi aku sikit frust & tak expect setinggi2 education seseorang tetap tak dapat bezakan masalah peribadai & kerja sehingga menyusahkan orang lain. Kat mana2 pun tetap ada politik kerja. Tapi yang WIN nya sem ni aku skor pointer tinggi. Sebab kedua2 subject aku dapat A. Dalam cabaran dissertation tu akhirnya dapat kepuasan. Syukur sangat. Aku ingat fail tapi dapat A rupanya.


Sem 4
Cabaran sem ni paling kelakar aku rasa. Aku tinggal subject elektif sahaja. Aku ambil 3 subject sekali sebab nak habiskan study cepat. Aku ambil Law, Construction plant & risk management. Law and subject plant takde masalah. Cuma subject membaca memang aku x suka sangat. Penuh otak. Aku nak focus pada cabaran class risk management.

Masa nak register lagi ada problem. Masa aku dulu subject ni subject elective tapi bagi budak2 student baru ni subject ni dah upgrade jadi core subject. So dalam sistem masa aku nak register memang takde subject ni. Turun  naik lah aku jumpe coordinator & call supervisor. Last skali dorang tolong open untuk aku. Rupanya aku sorang je yang nak ambil sebab student lain semua dah penah buat. Dah setel tu masuk kelas memang tau Dr Intan yang ajar risk. Masuk kelas memang ada member dah ngan Umi. Register la satu group project. Yang lain semua budak sem 1 & 2. So aku kira senior lah. Semua aku tak kenal. So group aku time tu cuma aku & Umi sahaja.

Bila next week rupanya group kiteorang dah jadi 4 orang. Sape lagi dua orang memang kami tak tau sampailah turn nak kena group presentation. Untuk kelas ni Dr Intan tak mengajar. Sesi discussion sahaja. mean every group akan dapat satu topic dalam sylibuss then kena present to class. Evaluation individu dibuat based on presentation topic ni. Group kiteorang group last skali, kalo tak silap Group 8. Masa lagi 2 minggu nak present baru la aku & umi cari group membe ni. Sebab senyap je.Dah kenal group membe buat group whatapps. Everything fine. Masing2 bagi pendapat nak buat camne. Tapi budak dua orang lagi ni slalu cam blur2 la. Sebelum present tu dah jumpe Dr week sebelumnya. Pastu kami masing2 betulkan part masing2 ikut fahaman & perbincangan masing2. Time present, budak berdua tadi aku namakan F and S ni yang tolong printkan sebab dorang kata ada tambahan nak masukkan last minit. Rupanya pe yang dorang bawak untuk present tu part aku & umi yang old revision. So present memang teruk lah. Aku yang kena paling teruk. Down giler kot time tu. 3 hari juga aku tak dapat tidur sebab markah ni dikira individu mark. Yang aku & umi tak boleh terima budak dua orang bukan nak bantu kiteorang boleh siap gelak2 kat depan tu. 

Part diorang punya lah bagus takde salah langsung pun. Aku pun cuba sedapkan ati memang aku yang buat salah kot. Takpe lah benda pun dah lepas cuma betulkan balik untuk final report ke Dr. Aku bagi tau group aku aku dah betulkan part aku nanti diaorang betulkan part masing2. Masing2 diam dan masa aku nak anta ke Dr aku tanya S ni sebab kebetulan kat surau jumpa. Boleh pulak dia kata dah jumpe Dr. Aku tanya lagi bila jumpa Dr lepas presentation ke? Boleh S jawab jumpa Dr sebelum presentation dah tanya habis. Argh.. Angin la aku. Aku & Umi dah kena bom ni. Before ni umi dah suspect budak2 ni mendajal tapi aku nafikan sebab aku rasa aku buat memang salah patut pun present teruk. Bila dapat tau cam ni memang tak dapat terima. Ada pulak masa jumpa lecturer kata part time study & busy kerja.

Pastu dah habis presentation untuk sylibuss ada satu lagi project group untuk risk assessment report for project. Memang daripada awal Umi dah bagi tau buat Duke Highway. Sebab dia keje situ & report dah ada. Aku pun dah dapatkan contoh report dari kawan lain yang dah buat semester sebelum ni. Topic Highway juga sebagai rujukan. Lagi seminggu nak anta report budak F & S ni boleh diam je. Aku tanya dalam group kata nanti dorang tambah pe yang perlu. Sampailah hari sebelum nak hantar, baru budak F & S ni tanya betul ke report nak kena anta esok. Aku & Umi angin lah. Kami tak tido seminggu siapkan report dorang boleh tanya camtu pulak. Aku & Umi malas nak gaduh2. Aku cakap lah takpe kami dah siapkan. Dah buat seminggu. Budak F & S ni boleh jawab OOO yeke nape tak ajak kami buat sekali. Padahal sebelum tu aku dah tanya kot part ape yang dorang nak buat. Pastu boleh lak tambah takpe akak2 email dlu nanti kami baiki and print. Amboi senang sungguh keje korang ye. Kami buat penat at last ko nak touch up skit2 pastu nak kata korang yang buat. Aku & Umi kata xpe lah kami print sendiri. Mati2 budak2 ni nak jugak print. Kami buat tak tahu je lah. Esok tu pun memang ada test risk jugak & report kena anta pas habis test.

Esok nya hari test and submit report tu, kami dah setelkan report. Buat yang mana mampu kami nak focus umtuk test pulak. Curi masa kerja kat ofis untuk study untuk test malam tu. Boleh pulak budak F & S ni whatapps minta maaf & kata tak perlu letak nama dorang dalam report. Kami ni pun malas nak gaduh2 cakap takpe la dah siap pun letak je nama budak2 ni. (Padahal ikut ati marah memang nak buat camtu pun tapi fikir takut effect markah hadamkan aje la). Tapi budak F & S berkeras juga minta maaf kata tau slah dorang tak buat keje, buang je nama katanya. Aku & Umi malas layan. Pastu lepas lebih kurang 30 minit si F ni whataps kata' Tapi kan kak kami baru baca balik soalan assgmnt ni ape yang kite buat tu salah. Dr tak cakap pun pasal project Highway dalam list, yang ada construction, hospital, shopping mall, business risk. Kami dah buat backup report shopping mall. Tapi baru start pagi tadi. ni dalam process nak siapkan'. Kalau korang jadi aku ape korang rasa??? Aku dah tak tahan time tu jugak aku maki budak2 ni. Buat pe nak selfish, kalau tak setuju topic bagitau awal2. Benda dah siap baru nak cakap. Lagi pun mustahil report boleh buat dalam masa sehari. Mana dorang dapat result questionnare. Semua tu kena prepare awal. Time ni aku & Umi dah tau kami kena dajal sekali lagi...........

Aku dah la risau markah individu tadi dah teruk. Ni lagi budak2 ni nak buat hal. Nasib baik juga report tu Dr suh anta next week. Malam tu jugak kami tanya Dr betul ke topic kami salah. Dr kata mana awak tau topic salah. Kami tak citer panjang la dengan Dr. Just bagitau sebab group member kata salah topic but dorang ada buat report backup. Mungkin Dr dapat detect Dr just kata'Kamu tak susahkan orang, tapi orang susahkan kamu, better seperate group'. Huhuhu. Finally kami decide seperate group. But kecoh la budak2 kelas tanya nape nama berdua je dalam report. Kami senyum aje lah..

Ni lah cabaran paling angin and kelakar aku rasa. Kena dajal dengan group member sendiri. Masa aku citer kat suami aku, selalu dia kata ok biasalah tu. Tapi kali ni dia pulak yang angin. Kata jangan sampai budak2 tu jumpe aku time kerja nanti. Marah sangat lah tu. Tapi tu lah aku pelik gak nape lah budak2 ni perangai camtu. Patut kerja sekumpulan buat lah sama2. Tak penah lah aku jumpa perangai camni. Muka je cantik pakai tudung labuh, baju kurung tapi perangai macam tu.

Dalam marah2 aku, aku sampai cakap takpe Allah ada. Mungkin semester ni ko lepas, sem lepas2 ni ko tak tau lagi. Allah Maha Mengetahui. Dan Aku syukur & lega akhirnya sem ni aku berjaya complete Master. Penat bahagi masa dengan kerja, keluarga & belajar akhirnya berbaloi. Sekarang tunggu masa untuk Konvo je. Tapi tak tau lah bila Konvo tu hope sebelum aku bersalin anak ke 2. Hadiah untuk suami & anak aku for new baby. Alhamdulillah.

No comments:

Post a Comment