Monday 13 April 2015

Makan sedap

Assalamualaikum...

Memandangkan aku orang Sg Buloh, so aku terfikir nak senaraikan beberapa tempat best untuk makan. Tempat2 ni memang aku suka pergi, sedap, murah dan berbaloi2. Sape2 yang datang  Sg Buloh boleh cuba. Takkan menyesal.

Aku start dengan breakfast. Biasanya breakfast kalo makan kat kedai aku suka yang ringan2 aje. Macam roti canai, kuih2, lontong. Paling heavy pun Nasi lemak la. Ni aku senaraikan tempat yang selalu aku gi ngan famili.

1) Warung Roti Canai Pak Sarip.
Warung ni terletak dekat Kg Melayu Sri Kundang. Berhampiran tasik biru and pasar pagi kundang. Kalo aku balik umah sendiri kat Laguna Biru mesti minum pagi kat sini. Biasa kalo makan kat tempat lain, roti canai kosng dengan roti telur, tekstur nye sama je rasa kan. Tapi kat sini... Roti canai kosong dia sedap, garing sangat. Roti telur pulak lembut. Lain2 rasanya. Lagi yang orang selalu order Roti Sardin. Nampak pun macam sedap. Try lah kalo tak percaya.

Roti canai garing...Kruk2

Biasa warung ni memang penuh giler dengan pengunjung. Parking je tepi2 jalan asal tak block lorong masuk rumah orang. Tak caya tengok gambar bawah. Menariknya, kuali goreng roti canai ni ada lebih kurang 6 kalau tak silap. Tauke nye sendiri dan anak beranak dia yang tebar sendiri. Kalo korang gi warung ni aku rekomen, makan aje kat sini. Kalo tapau/bungkus memang lambat dapat. Beratur punyelah panjang. Siap ade no giliran lagi. 
Banyakkan kuali goreng dia..
Ramai makan sini.. 






2) Warung kuning (Kedai Latip)

Kedai makan ni berwarna kuning terletak tepi jalan dan berhadapan lorong nak masuk ke rumah Arkitek Terkenal Hijjaz kasturi (Rimbun Dahan). Aku slalu makan nasi lemak kat sini. Nasi lemak ni kalo bungkus dia bungkus comel2. Ade daun pisang lagi. Harga rasa sekarang RM1 kot. Dulu2 dari 60 sen then naik sikit2 ikut perubahan zaman. Kat sini pun ade macam2 kuih muih harga 40sen sebiji. Slalu aku beli kuih vade dia. Sedap. arwah ayah pulak suka sangat kuih lopez dia. Makan ngan kuah gula merah dia pergh... Sedap. Kat sini pun ade lontong. Aku takde gambar kedai ni. Tapi dari clue aku bagi ni korang leh jumpe kedai ni. 



Nasi lemak tu lebih kurang camni rupanya..

3) Restoran Rasa Mas 
Ade dua restoran. Satu terletak berhadapan Masjid bandar Baru Sungai Buloh. Satu lagi lorong depan sebelah kedai buku mengadap jalan raya. Kat sini pun ade roti canai. Banyak gak kuih muih. Lontong dan mihun sup pun ade. Kedai ni memang sentiasa penuh. Hari jumaat lagi penuh sebab orang nak solat jumaat. Aku pun suka gak makan lauk pauk tengah hari kat sini. Lauk pauk dia just biasa2 aje. Tak la sedap sangat but consider ok. . Bila kite makan kat sini, kita akan rasa macam makan kat rumah. Compare kedai makan lain,kalau sedap kite cakap wow sedap. Kalau tak sedap memang mengutuk gila. tapi  kat kedai ni lain lah.. memang lauk biasa2. Macam makan kat umah. Susah nak describe macam mane. Korang cuba lah. Mungkin dia tak kai bahan perasa kot... Gambar pun takde gak, sebab kalo dah masuk memang berebut cari meja makan aje..Hihihi

Then aku jump pulak makan tengah hari best. Makan tengah hari yang sedap biasanye kat umah aje lah. ni aku nak rekemen kedai selain makan nasi lauk pauk. Kalo lauk pauk aku gi kedai Rasa Mas tadi jer.. Takde lain.

1) Kedai bawah pokok 
Kedai ni terletak dekat2 jugak dengan warung kuning tadi. Paling senang kedai ni dekat dengan tadika PASTI. Korang parking je kat depan tadika ni. Nampak lah kedai bawah pokok ni. Kalo tak silap sepupu aku panggil kedai ni kedai Makcik Ros. Aku suka giler makan ABC special kat sini.Sedap sangat, macam2 dia letak, jagung, cendol, nata di coco, ais krim, biji selasih, sagu mata ikan, kacang. Puas makan. Selain ABC, adsa koktel, cendol, air jagung, ABC biasa dll. Masa makan ABC ni slalu aku perhatikan suami mak cik ni potong ais guna gergaji. Gila klasik kan.. Makan ade jual mee kari, laksa, rojak. Aku penah try rojak sedap gak. Rojak ni ade atuk & nenek tu yang serve. Romantik je aku tengok dorang. Kat kedai ni tak de kipas, bawah pokok je. Natural air. Kalo nak makan kat sini kira nasib gak. Kadang2 tutup. Tapi kalo buka memang penuh aje meja2 tu.

Sumber google

Baru habis makan ngan my supergirl
 

2) Ilin Cendol
Kedai ni pun ok gak kalo nak makan ABC. Walaupun nama nye ilin Cendol tapi aku lagi suka ABC dia. Makanan Mee Udang dia memang Super.. Ramai yang kate. Aku tak makan udang so tak berani nak komen. Aku ngan husband suka Mee Kari dia. Tauke kedai ni Kak Lin, Ex-Boss aku masa keje pas SPM dulu. Pandai dia cari duit kan. Bercita2 besar. Good luck for U. Loaksi kedai ni tak jauh dari kedai bawah pokok ni. Tepi jalan pun boleh nampak. Makin besar kedai dia dari sehari ke sehari. Tak silap sekarang pun ade yong tau fu.. 
Pandangan kedai boleh nampak dari tepi jalan 

Cendol dan Mee Udang.. Memang diserve ala claypot
Sekarang kite beralih ke Makan Malam pulak. Makan malam paling happening bagi aku. Lebih2 lagi kalo gi ramai2. Kira Sungai Buloh ni boleh kategorikan syurga makanan sedap. Hihi puji melambung lak. Ni memang tempat2 yang confirm aku pegi lebih2 lagi kalo baru dapat gaji, lebih duit, terasa nak makan sgt2 or request daripada seseorang.

1) Sate Sri Subang (Sate Yan)
Sate subang ni dah lama since aku kecik lagi. Dulu ibu aku gaji je memang beli lah makan ramai2 makan besar. Terletak dekat depan traffic light menghala ke Kuang, depan Tadika PASTI. Tepi jalan juga. Sate ade ayam, daging, perut. Harga tak silap sekarang dah 70 sen ke 90sen. Baru2 ni dia dah ade macam ruang tertutup 2 tingkat kot sape yang nak makan situ. cantik gak. Penah try makan kue teow goreng sedap jugak. Cuma tak bape best, kat situ mungkin tak cukup staf nak layan order bayar. Dorang more pekerja yang bakar sate aje. 

Ade 2 
Sumber Googlle

2) BBQ dan Steam boat
Ada 2 temapt boleh try BBQ dan steam boat ni. Lokasi masih di Kuang. Berhampiran Tadika PASTI juga. BBQ Land. Ni memang puas makan. Bertambah2 makan sampai Muntah. Hahaha. Harga pun masih macam dulu.  Lagi Satu Kafe DManggis. Kat DManggis ni pun boleh order makan ala-cart goreng2. Sila layan gambar di bawah
BBQ Land. Nampak Kain rentang ni dari tepi jalan.

Kawasan parking di BBQ land
Ni pula Kafe Dmanggis

Pandangan depan kafe

Masak sampai hangus

3) Tree Steak House
The Best Western Food. Tak percaya, cuba lah. Dengan harga yang sangat berbaloi, pekerja yang ramah dan cekap, Cepat serving dan paling best makanan yang sedap. Restoran pun telah banyak diubah suai. Memang tauke kedai ni prihatin dengan kehendak pengunjung. Kalo dulu, beratur nak tunggu meja. Rasanya sekarang dah better. Orang sanggup tunggu lama sebab sedap dan murah. Aku memang suka order Cengal, Ayam lembut dengan sos black paper + Cili. Husband suka Black paper lamb dia. (Sama macam arwah ayah). Kedai ni terletak tepi jalan berhadapan masjid Paya Jaras. Depan sikit ade Kedai Western Food Gak Cowboy. Tapi aku tak rekomen. Buat sakit ati je bila ingat dulu masa pregnant penah kempunan makan kat situ. Supervisor kat situ bajet bagus aje. Mintak mayonise pun nak charge. Pastu leh suruh kita faham diorang lak bila kite tunggu dekat sejam makanan tak sampai2. Cakap tak mesra lak tu. Memang pangkah XXXXX la. Asal lalu situ je, mesti suami perli2 ajak makan situ. No ever la pasni. Nasib baik anak aku tak meleleh air liur sebab tak dapat makan masa pregnant tu...


Chicken Chop + Cengal. My favaroute. Wala wei sedap

Black paper lamb

Cuba tengok harga, berbaloi2

Lokasi kedai



So pada yang dah datang Sg Buloh, tak rugi ke tempat2 yang aku rekomen ni. Harga yang reasonable & paling best sebab makan pun sedap. Sg Buloh memang SYURGA MAKANAN.

1 comment:

  1. tree steak house ni rasa tak sesedap dlu la... dlu rasa perh gila... tp baru ni makan, urmmm.. kureng sikit...

    ReplyDelete