Friday 6 March 2015

Biasiwa

Akhir bulan Januari 2015, aku dapat tawaran buat Master. Macam mane dapat? Of course lah aku apply. Dulu lepas je degree, dah sedap keje memang, memang tak nak dah sambung belajar. Time tu keje rasa dah seronok sanggat. Yelah, berapa tahun punya ngadap buku & exam, rasa cam dah boring. Bila keje dapat pegang duit sendiri. Keje penat2 aim nak kawin lah pe lagi (hahaha gatai).

Nak dijadikan citer, lepak makan dengan office mate aku, Shefa. Citer sal zaman belaja. Shefa pun citer lah di pinjam MARA. Pinjam 40k camtu tapi bayar balik 4k je sebab result dia 3 pointer. Banyak tol diskaun (Giler lah). Start situ lah muncul angan2 nak sambung blaja.

Malam tu gak Tanya husband. Tak tunggu lagi. Macam confirm je dapat pinjam MARA kan. Husband OK jer. Then risik2 kat kawan lain yang penah amik master, Ina. Ina lak bagitau sal mybrain15. Biasiswa untuk pelajar Master. So start lah menggoogle.. Sambil tu bodek my bf, Ain ajak buat master skali.




Apa itu MyBrain15.....?
  • Ditawarkan kepada pelajar Master & PhD
  • Up to 10k
  • Yang buat research ade tambahan elaun
  • Terbuka pada kakitangan swasta, tidak bekerja, tidak berpendapatan tetap, kakitangan awam (kontrak), Pesara
So dari situ aku tertarik. Atleast kalo dapat ni, yuran kat UiTM kira setel. Dah dapat surat tawaran belajar ape lagi, aku & Ain pun apply lah online MyBrain15 (MyMaster).

Masa nak apply ni, banyak step gak nak kena buat.
1) Print surat tawaran belajar.
2) Lengkapkan Pengesahan Maklumat Pemohon
3) Dapatkan pengesahan sijil, transcript, ic diri dan penjamin
4) Upload dalam website MyBrain15

Step no 1, done. Senang jer.

Step no. 2, ha yang ni panjang citer.





 
 

 Kena dapatkan pengesahan dari individu2 terbabit:- (aku keje swasta)
1) Dari majikan (HR) - Done
2) Dari pegawai sumber manusia/pendaftar IPTA - Done di ipsis UiTM, Intekma
3) Dari Bendahari/kewangan IPTA - Done di ipsis, UiTM , Intekma
4) Dari fakulti - Done di HEA, Fakulti Kejuruteraan Awam
5) Dari penyelia/pensyarah - Done by Ir Bashir
6) Dari pengadil (Individu yang kenal lebih 3 tahun) - Done- Member


Untuk mendapatkan pengesahan semua ni aku & Ain masa 2 hari jugak untuk uruskan semua. TQ to Ir Bashir sporting signkan boring kami. (Sebab before tu ada lecturer yang kerek banyak songeh nak mintak sign pun payah. Dengan student tengah cuti tak de sangat lecturer yang keje..)

Step no 3, done. TQ to myfriend Che. Jurutera di JKR. Banyak membantu. Kenal Che since tingkatan 4. Untung de kawan keje gomen ni. Hihihi.

Step no. 4, upload semua yang di minta. Tapi time ni sebab gopoh aku tercicir nak masukkan berkenaan jawatan (Surat perlantikan jawatan).. Dalam hati redha je lah bila tau buat salah. Rasa cam tak dapat aje sebab one dah upload tak boleh repair lagi... So pada yang lain berhati2.

Hampir 2 bulan tunggu, finally semalam dapat e-mail dari kpm. So check result, Alhamdulillah... Ditawarkan.


TQ pada semua yang membantu.. Baru jer tadi aku gi LHDN matikan stem.. Insyaallah Rabu depan aku anta ke KPM. (Semua surat tawaran, Salinan perjanjian & salinan sijil dan boring pengesahan mesti dikemukakan dalam masa 14 hari dari surat tawaran)

1 comment: