Thursday 5 March 2015

Part 2 # : Zaman belajar yang menyeronokkan.


Zaman Sekolah Rendah

Disebabkan aku tinggal kat Sek 17, S.Alam, of course la aku sekolah kat Sek. Keb. Seksyen 17. Lagu sekolah ni aku leh hafal lagi sampai sekarang. Peliks tak? 

 

Lagu tu lebih kurang camni:

SRK Seksyen 17, 

Itulah nama sekolah kami,

Belajar Menulis, Mengira Dengan Riang,

Setiap hari...

(Bait kata pun menggambarkan sekolah ni sangat happening. Kan.. Kan..)

 

As biasa aku memang tak suka sekolah sebab suka lagi duk umah. Walaupun sorang2 je aku leh main, leh tengok tv, tdo sepuas2nye, makan, main,,makan main... sesuka ati (bape kali nak ulang daa..). So memang tak best la gi sekolah hari2. But aku macam behave kot bila dah masuk darjah satu ni.


Lencana Sekolah aku

 

Aku ingat kelas aku 1 kenanga. Cikgu Nor Azilah kot.. Ni ape yang aku ingat la, masa register Cikgu check nama sorang2, Panggil nama sorang2 murid check tengok muka.. Then sebutla cikgu ... NORASHIKIN.. Aku dengan confidern angkat tangan. Cikgu dah wat muka pelik.. Ade 2 orang angkat tangan. Sampai 3 kali cikgu sebut still sama.. Alamak, aku dah jeling mak aku kat luar. Dia geleng-geleng bagi hint bukan aku.. Masyaallah nama sendiri pun aku tak tau.. HIHIHI.. Nak jadi cerita dari situ la aku tau nama aku sebenarnya ade SITI kat depan.. Teruk tak aku.. Weng betol.

 

Lagi yang pelik bin ajaib sampai ke hari ini aku masih tertanya2 macam mana aku leh jadi ketua darjah..Padahal aku tak suka gi sekolah. Nak kate aku hebat dikalangan budak2 lain tak tau la nak cakap ape. Mula-mula masuk dulu memang dah ade ketua lelaki, dan penolong pompuan. Yang ketua tu, aku tak bape ingat nama dia, tapi yang penolong tu nama dia Nor Sabrina Sabri (Nama penuh Kau).. Tah macam mane satu hari Cikgu mengamuk kelas bising sangat, cikgu tarik balik jawatan dorang. (Macam citer drama lak). Pastu masa nak kuar kelas, cikgu suh aku cakap " Terima kasih Cikgu". Hari tu hari jumaat. Next week tu hari Isnin, semua berdiri macam biasa bila cikgu mauk class. Class senyap aje. Tiba2 kawan sebelah aku, budak indian siku aku cakap " Eh cakap la cikgu dah masuk" aku dengan terkebil2, suara serak lak hari tu, cakap la "Assalamualaikum cikgu".. Semua kawan-kawan ikut.. (Mane aku tau cikgu suh aku jadi ketua sampai bila2... HAHAHA.. Kelakar jer) So aku jadi ketua kelas sampai la habis darjah 2, sebab aku dapat cikgu yang sama untuk 2 tahun.

 

Darjah 3 aku lompat kelas, pandai sikit kot aku terus jump kelas no 2. 3 Dahlia kalo tak silap aku, dapat Cikgu Muslimah. Aku lompat sama ngan best friend aku zaman tu, Chong Wai Nee (Aku kawan dari tadika lagi).. Masa dalam kelas ni la baru aku belajar betul2. Cikgu dia best sangat suka bercerita. Tapi aku sekolah situ sampai pertengahan tahun jer...

 

Disebabkan ade masalah kewangan barangkali, kami sekeluarga pun pindah ke Sg Buloh, umah nenek aku sampai lah sekarang menetap di sini.


 

 

Di Sg Buloh aku sekolah di Sek. Keb. Sg Plong. 1st masuk tengah hari aku gi sekolah dengan ayah berdua. Sebab ibu bekerja. Sampai aje pelik la sekolah petang time budak2 semua kat kantin time tu. Semua mata pandang kat aku.. Budak baru mestilah jadi tumpuan. Bagus sorang budak tu tegur aku. Junidah Mat Yatim. Tak sangka pulak sekelas dengan dia. Masuk sekolah baru ni aku mula la balik tak suka sekolah, sebab tempat baru kan... But kawan2 sgt supportive.. Cikgu aku garang. Time tu dia pregnant.. Silap sikit dia cubit.. Tapi dia baik hati & salah satu cikgu kesukaan aku.. Cikgu Norazizah Lamijan.



Kenagna Kelas Darjah 3, pengawas lagi sorang tu lah Junidah
 
Masa kat class ni la baru bakat bersukan aku mula menonjol.. Padahal kat sek s.alam tu memang dah menonjol sikit sebab dapat no.2 acara lari pecut 50m. Nak jadikan cerita di sekolah baru ni, acara sukan dah nak mula. Cikgu sibuk lah senaraikan nama murid ikut rumah (Merah, Biru, Kuning, Jingga, Unggu & Hijau).. Before select tu, Cikgu Tanya siapa kuat lari.. Aku ngan kawan Shila pun angkat tangan.. (Betul2 lurus bendul kan? Budak2 mane pandai menipu).. So cikgu pun masukkan kami dalam rumah dia. Rumah Jingga.. Masa sukan memang aku menang gak.. Kali ni dapat No.1.. (Caya tak???).
 
Mulai dari larian, aku mula aktif ngan sukan hoki pulak... Ni la permulaan yang aku paling ingat macam mane aku kenal kayu hoki & bola hoki.. Masa tu aku saje2 ikut kawan sekampung aku Hasmah Rerah (tak tau mane budak ni hilang sekarang). Dia join dulu. Mula2 aku kate nak join tapi bila time tunggu waktu nak mula latihan dari jauh aku Nampak Cikgu lelaki turun dari motor RXZ.. Garang je muka dia dengan pakai cap nye tu.. So aku pun lari lah tengok dari jauh dorang berlatih. Aku tengok dari tepi pagar sekolah.. Tak lama tu Hasmah dating kat aku, kata Cikgu panggil suh berlatih sekali.. (dalam takut2 hati gembira dapat belajar benda baru).
 
Pengenalan hari fisrt belajar hoki ni, Cikgu ajar cara pegang kayu hoki. Tangan kiri atas hujung, baru ikut tangan kanan. Ajar cara tolak dan tahan bola. Siap cikgu jadikan aku role model lagi tunjuk kat kawan2.. Mula seronok belajar. Tiap2 petang ada latihan pukul 4.30 hingga pukul 6.
 

Dari sinilah aku kenal geng hoki batch aku.. Kak Huda Hukom, Kak Dayah, Kak Nisa,. Tu kira senior lah. Sebaya aku pulak ... Huda md Shainisi, Nona, Arwah Ramlah, Musliha , Rashidah & Rahimah (kembar), Dayana Tukimin, Indah Hariri, sape lagi eh aku rasa dah cukup 7 player semua... (Sori pada sape nama yang tercicir). Tak lama pas aku belajar hoki, si hasmah memebe liha aku tadi pulak berhenti main hoki sebab nenek dia tak bagi teruskan.
 
So, aku join hoki ni dari darjah 3 sampai darjah 6. Kira kalau budak SKSP ni, sebut pasal budak hoki memang famous la.. Sebab kehebatan kami main hoki dari peringkat sekolah hinggalah mewakili Selangor pada peringkat Kebangsaan.. Memang banyak memori.. Kami dah macam adik beradik. Most cuti sekolah pun dihabiskan dengan latihan hoki. Terima kasih diucapkan pada Cikgu Kegemaran ku Cikgu Ismail Noor Hassan Basri kerana kesempatan mendidik kami.
 
Dalam perjalan bermain hoki tu macam2 suka duka dan rintangan berlaku. Kalau menang memang happening. Seronok habis kira satu tahun tu asyik bercerita sal hoki aje. Macam aku dulu ade gak rintangan nak main hoki ni. Puncanya sebab aku selalu tertinggal bas petang pastu kena balik jalan kaki sendiri. Selain tu gak, akedemik merosot. Ibu siap peril kata " Dapat no periksa pun dah macam hoki no 9 (Kayu dan bola)". Last2 nak dijadikan citer, Cikgu Ismail call umah aku. Time tu ibu keje, so nenek la tolong bagitau cikgu. Cikgu siap suh nenek pujuk ibu suh aku main semula hoki (Antara budak hebat la katakana... hahaha). Malam tu nenek citer, dekat 2 minggu gak lah ibu baru setuju bagi aku main hoki semula. Bila latihan habis lewat je mesti Cikgu Ismail hantar aku balik umah naik la motor dia. Prihatin sungguh cikgu ni. (Kawan2 kata aku dilayan special oleh Cikgu, nak wat camne kalo tak ibu mesti tak bagi main hoki kan... hahaha).

Selain hoki aku memang hebat lah dalam acara sukan lain dekat SKSP tu. Siap jadi olahragawati sekolah. tahun 1997. Kalau sekolah tu masih simpan gambar aku, malu tengok sebab time tu aku punya rambut kerinting. (ni salah kedai k. aku nak kerinting halus dia wat besar2). Semua acara larian tak da sape boleh challenge dari 100m, 200m sampailah lari berganti2. Lompat tinggi pun masuk gak. Sampaikan Cikgu yang uruskan sukan warning kat aku bagi lah kat budak lain (Ala saje je cikgu tu nak umah dia menang hahaha. Sebenarnya tak la.. Limit sorang leh masuk 3 acara individu, 2 acara sukan.). Banyak lagi aku nak masuk try tapi tak leh.. hihihi.

Dah panjang citer sal sukan, untuk akademik kira aku antara beruntung (Syukur). Sebab aku tak la macam budak lain gi tuisyen bagai. Aku tak merasa semua tu. Cuma belajar berdua dengan sepupu aku, Along. (I miss masa rapat dulu2, tapi sekarang semua dah berubah). Keakraban kami umpama adik beradik kembar OK.Disebabkan tinggal setahun je lagi untuk UPSR, dan susah nak pindah2 sekolah dari Sungai Buloh ke Kota Damansara, Uncle biarkan along belajar kat sekolah tu aje. Untuk result UPSR kira OK lah boleh dibanggakan. Budak kuat main memang layak la dengan keputusan tu. Kira OK tau. Alhamdulillah. Tak la straight 5A tapi kira lulus dengan cemerlang juga.

Nak juga citer sal kedudukan sekolah SKSP ni. Terletak di Kg Sungai Pelong. Skolah ni ditubuhkan agak lama kira antara sekolah terawal di sungai Buloh (sebab nenek dulu pun belajar kat sekolah ni, ibu aku & makcik pakcik pun di sekolah ni, aku dengan abang aku + sepupu sepapat now sampai anak2 sedara aku pun masih di sekolah ni). Sekolah ni berbukit2, penat tau nak ke satu blok ke satu blok. Tangga pun terletak kat cerun bukit. Masa aku dulu kat cerun bukit siap ade huruf besar konkrit SKSP. Kiteorang slalu main turun bukit ni wat cam gelongsor. BEST.. Tapi pastu kena marah lah dengan cikgu. merbahaya. Sekarang dah takde dah. Tak banyak gambar yang aku jumpe dalam google. Kalo ade mesti lagi best. Sekarang better tapi still berbukit jugak cuma bangunan sekolah banyak di baik pulih.. Syabas. Kenangan di SKSP takkan pernah di lupakan.
 

Gambar terkini sekolah.

 

1 comment: