Monday 9 March 2015

Kerja Sebagai Engineer

Masa kecik2 dulu tak penah terfikir pun nak jadi engineer. Dulu cite2 nak jadi cikgu.. Pastu naik tingkatan 1 nak jadi akauntan lak (sebab ibu aku eksekutif akaun-slalu doa aku jadi cam bos dia). Cite2 jadi akuntan tu hampir tercapai. Sebab pas PMR aku dapat masuk kelas akaun kat Sek Men Bukit Gading.

Macam mane leh terjerumus dalam bidang engineering ni???
Hihihi sebab aku gatai tangan gi amik borang kat sek teknik. Gi dengan best friend timah. Dah amik tu dapat lak. Padahal tak penah tau pun pe benda engineering tu.

Fisrt masuk sek teknik rasa tak best sangat. Sebab timah yang apply sekali, tak dapat masuk awalnya. Tak best lagi sebab sek tu ramai lelaki compare girl. Lagi tak best minggu orientasi kena buli ngan senior. Nasib baik aku outsider.. Sian member2 yang tinggal kat hostel. Tak tido mlm. Berjaga kia mulai bagai. Prep.. semua kena kawal. Dalam sebulan pastu baru lah timah masuk. Rupanya dalam senyap, ayah dia buat rayuan. Then adelah geng sekolah.

Tak nak citer bayak sal sek. teknik. (kang merapu jer lebih).. So, pas habis SPM, dapat lak tawaran UiTM. Disebabkan amik Kejuruteraan Awam kat Sek. Teknik so 1st choice of course lah Civil Engineering. (Padahal dalam hati nak amik Quantity Surveyor. Sebab dengar cikgu citer macam best ajer. Buat akaun gak macam akauntan, cite2 aku kan).

So proceed Diploma kat UiTM Jengka & degree kat UiTM Shah Alam. Banyak memori. (Suka Duka.. UiTM dihati ku)


Logo UiTM di hatiku



Pengenalan kepada bidang Kejuruteraan Awam or Civil Engineering. (Dari pandangan aku)

Bila cakap sal awam, mestilah bidang kejuruteraan awam ni berkaitan keperluan awam. Compare to others engineering such as Electrical, Mechanical, Oil & Gas, Automotive etc. Contoh keperluan  awam seperti struktur bangunan, jalam raya, bekalan dan rawatan air, geoteknik (Tanah) etc. Kira apa saja hak wam yang Nampak nyata.. lain orang lain pandangan nya.

Ape yang aku nak share pengalaman kerja. Bidang atau organisasi mana yang patut di pilih selepas tamat bekerja. Sebabnya bidang kejuruteraan ni banyak dimonopoli oleh kaum adam. Tapi itu tak bermakna kaum hawa ni tak mampu atau tak layak bergelar Engineer.


Menara kebangaan FKA


1) Contractor.
Tahun 2009.
Aku pernah bekerja sebagai Enginner cum Project Manager di sebuah kontraktor Firm. Kontraktor Class A. Bumiputera or Orang Melayu punya. Singkatan aje lah yer. (Demi menjaga reputasi dan sebagai contoh). Syarikat ni terletak di Puchong BPSB namanya. Masa apply keje ni baru je habis final sem masa degree.. Tak sabar nak keje lah katakan. Semangat bekobar2. Macam2 aku apply, macam2 gak aku dapat interview. Kebanyakkan nya tak berapa nak amik sebab Degree tak dapat lagi. So kena tunggu lah lagi sebulan baru boleh itupun at least ade transcript final exam.

Masa interview kat BPSB ni kira rezeki aku kot. Interview masa tu dengan Pn. Maria. Then ade test autocad dengan Kak Diana. Dia suh aku lukis simple building. Aku pun bantai aje lah. Tak jadi pun cam mane yang dia nak tu. After test dan sesi interview, tak sangka lak petang tu terus dapat call, aku diterima keje. Sonok wei time tu. Walaupun gaji tak cecah pun 2k. (What you expect kan budak takde degree. Tapi ade gak member2 lain yang cecah 2k tu. Kira nasib)

Keje kat BPSB mula2nya best. Sebab semua office mate orang melayu. Umur pun muda2 lagi. Tapi lepas sebulan mula lah Nampak politik kat company ni. Aku as staff baru tak bape layan sangat. Pas sorang2 lah blah dari company ni. Then muncul lah budak2 baru, so time aku ni aku ade geng la. Dorang gelar kami as Destiny Child. Kami bertiga (Aku, Izzaty - Safety Officer & Fiza- Quantity Surveyor).

Nape digelar Destiny Child sebab kami kire penyelamat project yang bermasalah. Most project memang bermasalah. Biasanya sal duit lah. Biasalah project orang melayu kan dapat 1st payment, normally akan dihabiskan kepada perkara tak perlu. Beli kete, shopping, melancong, clubbing etc.. (Aku tak kata semua. But memang majority yang aku jumpe memang camtu).

Keje sebagai engineer di company contractor ade best ade yang tak best....

Aku mulakan yang best dulu k..
Ape yang best, dalam menguruskan site, ko akan bekerja as top management. Kira site organization dan arahan ko memang orang bawah akan dengar. Selain tu, elaun akan di bayar banyak merangkumi travel, meeting, makan minum, phone etc. Kat sini kalo gaji kecik pun memang akan dapat imbuhan yang banyak lepas dapat elaun. Best nye lagi, ko akan banyak travel, so sambil keje leh gi jalan2. (Aku dulu puas lah round Terengganu, Johor, N.9 and KL/Selangor). Best lagi masa nak masuk tender, ko akan ade site visit. (kat sini leh tambah kenalan, line. Tapi aku tak suka sebab kiteorang girl2 memang jadi tumpuan lah. pandai kan boss aku tu amik pekerja pompuan aje.. Strategi).

Yang tak best nya...
Ko kena mengadap client dan sub contractor kalau project ko bermasalah. Macam aku nyatakan di atas, most prob sebab duit. Bile duit tak dipam, keje satu pun susah nak jalan. (Unless sub con baik, dulukan duit dia ). Yang tak best lagi, dalam mengadap masalah ni, ko as top management tadikan kan kan, kena pandai kelentong, putar belit, berlakon, bodek untuk puaskan hati orang lain dan dalam masa sama kira selamatkan nama baik company ko. ketiga, tak best kalau gi travel or site kena kai kete sendiri (Aku de pengalaman, tayar kete pecah kat highway Senawang. kena pow RM250rang tukarkan. Tapi pas tawar2 habis gak lah RM50. Pompuan kan mane reti and daya nak tukar sendiri).

Lagi yang tak best...
Masa mostly ko akan habiskan untuk kerja sahaja. Kurang masa dengan keluarga. Sebab keje company kontraktor memang kena keje hari Sabtu. Ade tu hole day cm aku half day aje lah. But ade gak kacau hari Ahad. Kira 7 hari ko kena keje. Sebab site kat pantai timur. Dorang cuti jumaat kan. So untuk pompuan memang agak susah keje dengan kontraktor unless boss korang memahami, korang pun bujang dan family korang memahami.Itu belom masuk waktu bekerja. Ade sampai tengah malam baru habis konkrit or nak cover project timeline. Muka hitam tu normal lah bagi yang betol2 amanah menjaga site and pantau keadaan. Kalo muka putih maksdunya ngularlah tuh... :-).

Contoh keadaan tapak - Panas, bising, berhabuk, bersepah


 Lagi satu cabaran adelah mungkin orang bawah ko lebih pandai dari ko. Ilmu di site susah nak dapat kat tempat lain. Lain site lain cabaran nya, lain cara masalah dan cara penyelesaiannya. Pak2 indon tu lagi terror tau.. Silap2 ko kena tipu.

Aku keje kat BPSB ni 5 bulan je. Sebab aku tak tahan bila life aku cam takede life. Gi keje pagi buta pas subuh, balik malam buta gak. Sabtu Ahad jarang dapat cuti. Masa dengan family sangat limit. Ade gak aku gaduh bagai ngan ibu aku sebab keje tak menentu masa. Penah gak aku travel sorang diri ke Terengganu, Johor, Kena gerak dari umah pukul 4 pagi buta. Penat2 memang penat. And finally aku dapat offer keje ngan consultant. Memang aku aim pun after belajar memang nak sangat2 keje nagn consultant. Horey!!!Sonok.

Pemakaian di site if keje sebagai Site Engineer (Ni masa site inspection)


So sebagai tips, untuk adik2 especially girl cam aku, korang leh cuba keje ngan kontraktor. But jangan terlalu lama dan sayang keje. Once korang dah ade husband ade anak memang agak mencabar untuk organize time korang dengan family. Bidang ni memang sesuai untuk kaum adam. But tak salah cuba, ko akan puas nikmati pengalaman keje, ko tau cam ne nak solve masalah di site yang tak pernah korang belajar, ko akan belajar cam ne nak entertain orang, cakap dengan orang berbagai golongan (Dari kepala hingga ke top management/client yang Dato'2 tu).

2) Consultant
(May 2009 until now)

Actually aku keje ni pun kira nasib baik jugak. Boss masa aku practical kat JKR ajak aku join company abang dia. Kira dia pencen awal kat JKR then join abang dia. So orang boleh kata aku masuk guna kabel lah ( But kabel2 gak, tapi kalo ko tak usaha, tak tunjuk prestasi bagus, tak keje elok2, tak tunjuk attitude yang baik, ko agak ade ke orang nak rekemon ko ngan bagi gaji bagus kat ko????). Itu lah orang kata rezeki manusia hanya Allah yang tahu. Usaha, Doa dan Tawakal penting.

Company ni namanya SSM (singkatan). Kat Wangsa Melawati. Specialist dalam C&S, M&E dan transmission design consultant. Juga antara pakar dalam development power scheme cam Mini Hydro Power plant, Pencawang2 under TNB, Tower2, Forensic Engineering etc.

Ape yang aku nak kongsikan skop keje kat company consultant ni melibatkan banyak skop. Dari preliminary hingga lah hand over. First planning & design. Once dah dapat appoinment letter, kite kena design la project tu dari skop structure, element lain cam electric,mechanical, maintanance cm ne, budget cost (if terlibat dalam tender process). Normally kite nak bagi struktur yang terbaik dan budget yang OK bagi client. Then sambil2 tu submission ke badan2 berkuasa tempatan such as Majlis perbandaran, Bomba, JPS, JKR dll dah boleh start. Next step if terlibat dengan tender evaluation, consultanat memang akan terlibat dengan client dalam selected Contractor untuk jalankan construction kat site. Ni kite nilai dari segi Company background and previous performance, Harga yang contrctor proposed (ikut estimation before), method yang diproposed, Work program dll. Dah select contractor, start la kerja dari kick-off sampai lah habis. 

Untuk skop consultant tak habis kat situ je, kena monitor project gak (behalf of client). Depends on skop yang diberi client. Ade tu kena monitor kat site jugak cam perlantikkan The Engineer or Resident Engineer. Paling tak pun letak sorang Clerk of Work. So kat sini kita pun akan terlibat turun naik site. At least sebulan sekali. Meeting. Depends pada projek, if bermasalah frequency bertambah kerap. Ade juga pihak engineer kena evaluate claim by contractor if QS tidak dilantik.Macam kes company aku more tu special project & skop kerja tak macam building2 biasa, so memang keje QS ni pun aku kena buat.

Finnally bila dah complete development, kena buat defect checking pulak. Biasa ade defect liability period yang contractor kena setelkan before hand over pada client. Kat sini kita as consultant kena monitor and sometime kena recomend design for rectification works. Hand over to client ok lagi tapi yang payahnya kalau nak dapatkan CCC/CF. Memang banyak step nak kena buat. Tu semua pihak kena involved, designer, contractor, client, Malis, BEM dll.




Contoh pelan stadium


Analysis of Stadium Structure
Kelebihan keje dengan consultant...
First, Boleh apply sedikit sebanyak ape yang kite belajar kat University. So ilmu korang tak habis untuk dapatkan Degree or Diploma aje. Keep digunakan untuk menyelesaikan design dan problem berkaitan masalah di site.

Then normally keje kat Consultant, 5 days working hours. Sabtu memang tak keje. So more time with your famili. Keje pun more dalam office. Cuma sometimes je kena gi site or meeting with client. Memang sesuai lah dengan girl. Lebih2 lagi yang ade suami and anak2.

Bestnye lagi selain kite involve design, kite juga sedikit sebanyak tau sal method of statement (MOS)untuk kerja2 di site. sebab kite yang kena approved kan semua materia, katalogue, MOS, Work program yang diproposed oleh Contractor. So kat sini memang perlukan ilmu, pengalaman dan pengetahuan am (cara keje kat site,  tak boleh ikut buku 100%) dalam membuat keputusan. Kira perlu teliti dalam semua aspek untuk memudahkan perlaksanaan keje di tapak TAPI dalam masa yang sama perlu ikut Design, Standard, Specification & Code of practice yang telah ditetapkan.

As consultant of course kite perlu menjaga relationship dengan both client and Contractor. Kat sini kite kena bijak dari segi emosi, mental dan juga interaksi. Kalau ikutkan memang pening nak layan kerenah both of them degna ditambah masalah di office sendiri. tapi pengalaman mematangkan kite.
Banyak ilmu boleh dapat. Lagi banyak masalah lagi banyak ilmu.

Gi site inpection sambil bawak anak & suami


Dalam kelebihan macam biasa ade juga kekurangan...
Biasanya dalam nak advise orang la, kite memang kena kuat hadapi cabaran mulut2 puaka dan pemikiran pihak lain. As client, kadang2 dorang ni nak kejar target sampai mulut memang kurang ajar dan sasarannya adalah consultant. So kena banyak sabar dan pengalaman dan ilmu sangat membantu untuk tangani client2 yang berlagak bagus (but sometime memang ade yang bagus pun.)

Kadang2 kena balik lewat dan overtime untuk siapkan tender or drawing lebih2 lagi time nak masuk tender or nak buat tender or nak start construction. Biasa keje 5 hari keje cukup 8 jam dah boleh balik, but bila ade kes camni memang kena stay up. Normally yang terlibat dengan perbincangan among Engineer dan Drafter/Drafman. So, kenalah ready cakap ngan husband siap2 kena balik lewat malam or balik esok aje. Hahaha.

Lagi tak uka bab consultant ni bila berurusan dengan badan berkuasa tempatan. Normally yang payah sikit kelulusan by Majlis Perbandaran. Memang la dorang ni mengamalkan piawaian untuk meluluskan sesuatu pelan. Tapi ape yang aku perhatikan, biasanya dorang ikut kepala masing2. Lain orang lain komennya. Aku slalu kena hadap kes2 camni. Pernah projek yang sama tapi taman lain2, jalan serentak, tapi bila nak dapat kelulusan, satu lulus yang satu lagi tak lepas. Alasannya sebab Pegawai lain, ade cara lain2. Hai tak ke susah camni. Kite as consultant pun nak expalin kat Client memang payah lah. So jalan selamat, wat meeting between kami (consultan & Client) gi jumpa pegawai Majlis. So kat sini barulah Client faham situasi &  tak senang2 maki kat kite.( :p perumpamaan sahaja)

As recomended, sektor Consultant memang sesuai untuk girl dan juga lelaki. Banyak ilmu melibatkan teori, personality, communication dan presentation akan digunakan dalam melayan kerenah orang dan masalah kerja.

3) Developer/Client
(Tak penah involved, berdasarkan pemerhatian & pengalaman berusrusan sahaja)
Ok, sape yang dapat keje dengan company2 besar biasanya developer &skop keje korang as Project Manager/Project Engineer memang bertuah. Dengan gaji korang yang best, keje relaks (just monitor project, lead meeting, liasion dengan Boss2 korang aje), pakai smart2,kawan2 pun ramai,Bile meeting.. just tanya ade problem tak? Macam mane nak solve? bila nak proposed? Warning2 sikit2 kat kontraktor supaya capai target... Pastu brief kat boss.
Senang kan keje tu..

Tapi...
Pada aku, sesiapa sahaja.... aku suggest before nak capai tahap keje ni, better korang amik pengalaman dulu, cukupkan ilmu, banyak training before nak manage or lead sesuatu project. Sebab kebanyakkan client yang aku jumpa, memang boleh cakap... tak profesional. Ikut emosi dan sorry to say, berlagak aje lebih. Kerah orang macam lembu. Kadang2 korang cakap tak logik langsung semata2 nak sedapkan hati boss2 atas korang & nak tunjuk pandai depan boss.

Tak percaya? Cuba tengok group whatapps.. Masing2 nak tunjuk pada semua, yang korang je lah yang pandai buat keje, korang aje yang betol, arahan korang aje laku dan semua kena ikut.. Padahal SAMPAH. Sebab ape aku cakap camtu...

*Bile ade masalah..
Consultant Cap Ayam tu jugak lah ko mintak advise.
Contractor Class Z tu jugak lah ko suh bagi cost samapi seposen untuk baiki atau tambah ape yang ko nak. (Padahal takde dalam skop keje. Ingat badan charity ke)

Beruntungnya sesiapa yang bekerja di syarikat besar2 ni. as describe before but please as developer cum Client, be a human...

4) Lecturer
(Macam best gak)
Jadi lecturer sesuai bagi yang dah ade Master or Phd. Keje melibatkan among student and academic staff.. Bagi yang minat pada teori2 engineering yang super Susah tu kan, dan passion untuk mengajar memang sangat berbaloi untuk korang. Ni sekadar pemerhatian dan cite dari kawan2 yang sekarang ni jadi lecturer..

Keje lecturer flexible time. Mungkin sehari dalam 4 jam sahaja korang habiskan masa dalam class. Other hour FREE unless ade extra class, assignment test yang kena check or korang ade paper works kena prepare.

So sangat sesuai bagi isteri2 dan para2 ibu. Lagi best lecturer sekarang pun leh wat part time bisness. Best kan. Tapi before nak jadi lecturer kenalah belajar rajin2. Result kena gempak. Skill teaching kena power gak (baru lah student tak ngantuk). Pastu kena juga ready dengan soalan2 student yang super power gak kan.

Sekadar nak rekomen, sape2 nak jadi lecturer, tak salah korang mulakan dengan amik pengalaman dulu setahun dua dengan dunia luar (Consultant or Contractor). Baru lah best nak didik orang. Kite boleh bagi contoh. Soalan pun boleh jawab tak lah berharap dalam buku aje. 

Sebab sekarang aku amik master, aku nampak sikit sebanyak perbezaan compare masa aku belajar dulu. Dulu harap buku je dan input dari lecturer. Pe pun tak faham sebenarnya. Hafal aje lah. Bile keje baru tau, Contoh.. Oooo, manning formula boleh guna untuk dapatkan flood level. Before aku design plat form level powerhouse, kena tau flood level. Kalo tak tenggelam lah powerhouse aku.

Ooooo... formula ni kena back calculation, barulah dapat minimum saiz untuk design beam, column, slab..

Oooo.. Undergriund tank or swimming pool lebih berisiko crack masa ia kosong compare tu bila dah penuh dengan air. Sebab bila isi air, pressure air boleh balancekan dengan pressure tanah yang push to that structure..

*Bestbagi yang minat dalam ilmu dan pengajar. Ingat ilmu bawa sampai ke mati.

5) Goverment (Gomen)
Ni yang paling best kot.. Memang aku harapkan nak keje ngan gomen. Tapi masih tak bernasib baik. Baru sekali je di panggil untuk test PTD. Aku nak jadi engineer. But memandangkan umur dah masuk 3 series ni, aku rasa peluang tu cam susah je nak dapat compare to budak2 baru graduate.

Keje ngan gomen ni secure la bagi aku. Tu pun kalau korang dah dapat jawatan tetap. Sebab memang lah gaji korang kecik sikt, tapi korang masih ade elaun. Silao2 leh cecah 3.5k untuk starting keje. Kenaikkan tahunan memang ade untuk setiap tahun. Disiplin kena jaga la supaya tak diambil tatatertib. Ha bab bonus gawat ke tak, memang akan diberi paling kurangpun sebulan gaji. Kenaikkan gaji, ha tu memang akan jadi isu UTAMA oleh CUEPECS setiap kali bajet dibentangkan.

Bab keje pulak, korang more relax compare to keje swasta. Kadang2 dengar gak kawan2 comment, letih nak ngadap kontraktor bermasalah or kena prepare tender. But aku nasihatkan korang keje gomen ni, syukur je lah banyak2. Korang punya isu satu je compare to engineer kat company swata. Sekurang2 nya korang de kawasan tertentu je nak fokus. tambah pulak ade commitee team nak bincang or pengarah yang boleh buat decision and orang lain kena ikutkan. So baik tak yah cakap dari nak ngadu korang lah paling stress dalam keje.

Cuti pulak, of course 3 bulan untuk bersalin. Masa keje cukup 8 jam tak kan lebih punya unless staff bawah korang yang diberi overtime. Lagi pe lagi, nak buat loan rate interest sangat sikit compare yang lain. Pe lagi yang korang nak bisingkan wahai staff gomen. Penah makan kat cafe JKR, mak ai, nasi goreng ayam masih RM3.50, Murah bebenor. Kat luar dapat ke harga tu.. Pikir2kan.

Balik to topic, yang tak best keje kerajaan..
Mungkin akan ditempatkan di luar kawasan. Ramai gak kawan yang dah kawen Pjj ngan suami. Susah sikitlah bila dah ade anak.

Paling tak best bagi aku lah, (just pemerhatian), korang kurang pengetahuan. Sebab korang akan buat benda yang sama but korang lebih Pakar dalam seseuatu perkar aje lah. Hihihi.. So pada yang terkena kat department HR, tak ke korang just buat keje tender aje dari dulu sampai la ni.. pe yang berkembangnya. Unless korang mintak tukar department.

Bab politik dan mulut tempayan, akan dapat disaksikan dengan lebih kerap dalam sektor gomen...


Itu aje lah aku nak sharekan. Ape keje yang patut dipilih lepas graduate, Consultant VS Contractor, mane satu nak pilih, Keje mana yang best, boleh la amik sedikit info untuk dikaji before melangkah ke alam kerja. Ni pun pendapat aku aje. Lain orang lain pandangan nya.

Ape yang penting, rezeki datang dari Allah. Redha dengan pemberiannya. Kalau kite rasa susah, bersyukurlah kerana ade orang lebih susah dari kite. Belajar jadi manusia. Mudah2an kite dikalangan orang yang beruntung.



12 comments:

  1. Good info n sharing your experience i like n for your info im also from uitm jengka and shah alam n of course your junior. Consultant, contractor i have through it. And im focus on laboratory in geotech. Tq sharing your exp.

    ReplyDelete
  2. as salam,
    Ingin kongsi juga, kebanyakkan yg dicoret tu betul..sy mula dgn company cina as contractor. mmg timba ilmu hari2 dpt. best. keje as project eng lepas grad. a-z kene handle. sib baik bos mentoring orgnya. x lokek ilmu yg diturunknny. lps tu jump jd consultant plak..technical knowledge kene mantop..then sy masuk gomen..tp as a kontrak jer ( pandai gomen nak save duit ..offer kontrak jer )..masuk gomen plak terasa mcm time tu slow pulak. kene siap tugasan simple tp kene ikut step2 yg byk gila nak settlekn. ibarat drive ke tanjung malim dari kL tp kene ikut route kota bahru. x leh ikut pandai sendiri.nnt bos kata kita ni lbh plak dr dia. so ikut rentak je lah. slow pun slowlah.
    skrg dah habis kontrak..buat bisnes sendiri plak..
    itu jer sekadar perkongsian .he3.

    ReplyDelete
  3. salam sis, nak tanya ni kalau u jadi i u pilih consultant ka developer untuk intern?

    ReplyDelete
  4. Tapi kan.. Jika untuk peringkat awal2 ni (after grad) ok ke bekerja dkt site untuk experience.. Sebb before kita jump ke other company (besar), dia akan tgk experience kita dkt site. Isn'it?

    ReplyDelete
  5. Apa maksud cum tu? Cum project manager dgn project manager apa beza?

    ReplyDelete
  6. assalam, sya bru habis belajar dalam degree construction management(freshie), kalau sya tiada apa2 pengalaman ataupun zero tentang site, akan ada org yg supervise kita ke ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam sis, sy nak apply engineer.sy berpengalam dlm bidang engineer automotive and doc control di hyundai engineering.Sekarang ni sy apply enginee,xpi xdpt.padahal kelulusan sy electrical engineer.Apa patut engineer kena tahu dan preparation sms iv?

      Delete
  7. 5 jenis bidang pekerjaan engineer ni,ada untuk semua jenis engineering(ex:electrical,electronic,mechanical dll) atau hanya sesuai untuk civil ?

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum sis. Untuk keje engineer.. pointer grad degree brp ye?

    ReplyDelete